-.-'

entah kenapa , lepas je tau kisah kisah post aku sebelum ny , means yang pasal  S.Z  dan  N.N  tu juga yang si A tu , aku jadi sebak . kalau duduk sorang sorang , ha mula lah fikir itu , fikir itu dan fikir itu .

pertama , bukan aku sedih sebab si  A  ada gf oke . sekeras keras nya aku menafikan ! tapi biasalah , aku jealous tengok orang ada relationship ny . haha .

kedua , aku mungkin sedih sebab potensi aku nak berabang ipar dalam waktu terdekat (2 atau 3 tahun) , terkubur macam tu je . along aku dah macam in love dengan mangk**  S.Z  dan  N.N  tu . so , sekarang bila ada orang lain nak kenal kenal dengan dia , dia macam endah tak endah je . tapi takpe lah . aku suka tindakan dia sebab aku pun tak suka lelaki itu . haha . dah kata ,  S.Z  je kalau boleh jadi abang ipar aku . atau pun  N.N  je boleh . antara 2 tu sahaja ! so , jangan tanya kenapa aku tak nak terima orang lain . even yang kahwin along aku , tapi kan aku memang suka semak . apa da hal ? haha .

ketiga , aku rasa alone sangat . bukan sebab aku bersendirian , takde sesiapa kat sebelah . bukan eh . korang ny . haha . aku rasa alone sebab mungkin sekarang dah masuk minggu keempat aku cuti . so , mungkin rasa sunyi sebab dah lama tak jumpa sesiapa especially kawan kawan . tapi aku tak rasa tu sebab utama . sebab utama aku rasa , aku takde boyfriend kot . haha . penipuan semata mata .

tadi aku luah luah dekat kembar kembung aku . dan menarik nya , aku tak rasa sedih sangat sekarang ny even sedih jugak lah kan . takde lah sedih bagai nak gila . sedih sikit sikit je lah . she is the person who truly understands me . oh , thanks to you dear .

so sekarang ny aku macam malas sangat nak fikir apa apa . aku tak nak kepala aku serabut pasal hal yang bukan bukan . nanti aku yang pressure . kalau aku pressure , aku banyak makan . kalau banyak makan , habis lah aku . nanti dah gemuk , pressure sebab gemuk pulak . ha , time tu mula lah fikir nak bunuh diri . haha . cett , dah melalut balik .

whatever it is , aku rasa macam nak Berrrrrr je . mesti tak faham kan ? Berrrr macam iklan Coke dulu tu . haha . entah lah . doa je lah aku tak selalu macam ny lagi . aku penat lah asyik macam ny je . *tahu penat ? haha .


kembar kembung tersayang . *wink wink >.<>.<

takde motif sangat pun post kali ny . tapi pedulik hape aku . blog aku kan ? 
oke , teruskan kejian anda . haha .

*ada aku kesah ?*
fullstop .

2 comments: