Seronok Time :)

Seseronok je aku holiday hari Isnin 26 January 2011 . Kenapa ? Mestilah sebab cuti kan . Yup , cuti ! Seronok sebab dapat holiday . Mula mula hari Ahad tu dah gerak Port Dickson sebab adik heboh nak main Funfair . Dah pergi Funfair , seronok kedua sebab MRjejaka call lame gileeee . Sampai tertidur tidur cakap dengan dia . haha .


Okee , keseronokan berterusan bila Makteh call pagi Isnin tu cakap 'pergi Times Square jom' . woahh , dah lama tak gerak Times Square kan . Dengan pantasnya , mama call sebab kitorang awal awal lagi dah suruh Makteh yang cakap dengan mama . Baru pujukan tu padu sikit . haha . Mama terus call kitorang cakap 'siap cepat ! kejap lagi mama sampai' .

Tanpa memikir lama lagi , terus pakai baju , siap siap barang nak balik rumah . Ye lah kan , mana ada baju dekat PD ni . Kena lah balik rumah dulu . Mama balik , on the spot balik Seremban . Sampai Seremban cepat cepat siap terus gerak KL . Dekat highway macam haram jadah jam gileee nak mampos . Tapi takpe , kesabaran dalam diri ni masih ada . Kalau dah takde , memang aku tolak satu satu kereta kan situ . Cehh , cerita macam kuat sangat . haha


Sampai Times Square semua gerak nak makan dulu . Dah sampai foodcourt dah tibe tibe Makteh cakap 'nak pergi toilet lah' . Okee , ramai ramai serbu toilet sana . Tapi macam kelakar gileee nak mampos , semua orang tak cakap dekat Pakteh . Pakteh dok call Makteh . Lepas tu call Along . tak puas hati , diee call Abah . Semua orang diee call . Kesian Pakteh . Sorang pun tak cakap kat diee , tibe tibe je kitorang hilang .

Nak pilih pilih makanan , mama cakap 'tengok makanan ni . Diee buat mee sendiri . Halal lagi' . Okee lah. Aku dan Along ke sana lah nak tengok kan . Tau , orang yang buat mee tu cakap macam ni :

Orang Tu : Anak ke ni ?
Mama : Yup , ni anak pertama , yang ni anak kedua .
Orang Tu : Oh , mane ini (gaya tangan) .
Mama : Ha ?
Orang Tu : Mana ini ? (Diee buat lagi sekali)

*tau die buat gaya ape ? gaya TUDUNG !

Terus kitorang cakap :
Along : Takpe lah . Macam dah tersentap sangat dah ni .
Beli makanan tempat lain lah .

*Malu wehh !

Tengah tengah makan pun , Pakteh busy dengan lappy diee . Busy sungguh Pakteh saya . Kesian Pakteh . Booo for his C.O . haha . Lepas je makan , terus gerak ke Cosmoworld . Tak semua masuk pun . Makteh demam , Pakteh banyak kerja , Abah dengan Mama malas nak main . Means , hanya anak anak sahaja yang masuk dan bersuka ria . Thanks to our parentss . Muaahh muaahh for you parentss 

Permainan first main , nama diee Spinning Orbit . Aku berani gilee pun sebab tengok daripada bawah totally tak laju gilee even benda tu tinggi nak mampos ! Tapi aku gagah kan jua sebab rugi lah kan kalau tak main . Mula mula naik memang tak laju tapi tibe tibe diee berpusing , oh my G ! Aku rasa aku sorang je yang menjerit naik benda tu . Macam malu gilee tapi apedahal ? Bukan orang tau pun yang mane satu menjerit bagai nak rak tu kan ? haha

Lepas tu dok teman kanak kanak bermain . Dorang heboh nak naik rollercoaster . Aku pun berniat gilee nak naik benda tu . Tengok daripada bawah macam okee je kan . Tapi tau je lah aku ni . Mane berani yang tinggi tinggi nak mampos ni kan . Then dorang pergi jugak . Aku je tak pergi . Tak berani lah wehh . Aku teman Elly main mainan budak budak . Dalam hati ada jugak kekesalan sebab tak naik . Nak buat macam mana , takde kekuatan dalam diri . Muahahaha


Lepas dorang turun , dorang kata 'Best gileeee ! Nak naik lagi sekali .' . Okee , aku pun rasa macam nak naik jugak . Along cakap sekejap gileee nak mampos ! Tak takot langsung . Terus aku beranikan diri nak naik benda tu . Pergi naik atas , rasa macam nak turun balik je . Rasa nak patah balik queue tu . Seriously , aku tak berani langsung beb ! 

Akhirnya , aku naik jugak Supersonic Odyssey tu . Aku cakap dekat Along sebelum aku naik tu , kalau aku takut aku diam , kalau aku menjerit makne aku suke . Guess what ? Mesti korang cakap aku diam kan ? Tettt ... Korang salah . Aku menjerit bagai nak rak . Hilang semua masalah aku hari tu . Lepas je naik benda tu aku terus terlupa masalah aku . Seronok beb ! Congrates to me . haha 


Habis main bagai , keluar lah kan . Pakteh kena balik awal sebab ade hal dekat Kem . another booo for his C.O . Tak tau ke orang tengah seronok seronok ni ? Huh ! Tapi ape pun , this is the best memory so far . Thanks to you sesiapa yang terlibat telah memeriahkan hari saya . Cehhh , macam artis pulee . haha

Tapi disebalik keseronokan hari itu , ada kesedihan . Em , nak cakap kesedihan pun macam bukan kot . Entah lah . Tak tau nak cakap macam mana . Yang pasti aku terlibat dalam permasalahan hubungan orang lain . Maybe aku akan update pasal masalah tu jugak kot . Sekian ~

p/s : maaf , gambar gambar TIADA sebab takde siapa yang nak pegang camera . Terimakaseh :)

fullstop .


2 comments:

  1. hahahahah..best kan kite bersuka ria hari tu.. jumpa plak mamat 3 orang.. kalau hensem comform mintak no dah.. jumpa plak fahrin ahmad.. tabah kan hati tok tak mik gambar ngan die.. segan kot.. huhu.. and the best part is.. kau jerit bagai nak terkeluar anak tekak.. bukan takot sangat kott tapi tah paper tahh.. cairr taik telinge along.. masalah orang tu g lantak ok.. macam dah takder prasaan kot.. huhu..

    ReplyDelete
  2. Jumpe Fahrin Ahmad tu macam tak kenal je diee siapa . Dalam hati menjerit bagai nak rak 'aku nak je pelok kau !' . Haha . Mamat 3 orang tu pulak , boleh pulak nak ngorat time nak naek roller coaster . Ape entah ! Bukan takot sangat pun sebenarnye . Tapi macam nak lepas semua masalah kan . Dah lah baru dapat masalah time tu . Tu yg macam bagai nak gilee jerit tu . Haha . Masalah orang tu macam dah diam sekarang , so The End ~ Haha :D

    ReplyDelete