senyuman jelas terpancar :)

kesinambungan tajuk entry kali ini . 'Senyuman Jelas Terpancar Di Wajah Si Dia' . kali ni aku nak baik sikit sebab nak bahasakan diri 'saya' . oh , nak muntah , mehh saya sediakan baldi . oke , muntah sekarang . lepas ni jangan muntah lagi . baldi 1 je , nak share ramai ramai . muntah seorang sekali oke . haha .

hamek kau warna pink

kenapa saya macam happy sangat . oh , memang tengah happy gila pun . berkat Hari Raya Aidiladha . haha . cerita macam ada orang datang meminang saya pula . oke , bukan tau ! haha . ni nak cerita pasal akak tersayang konon . oke oke , sayang sangat sambil usap usap kepala sebab kena tunjal .

straight to the point , kita orang means saya dan akak yang tersayang tu dah jumpa  S.Z  ! gila tak seronok . macam mana kita orang boleh jumpa dia , tak payah tanya . sebab ? oh , mesti korang nak cakap sebab saya kedekut kan ? tidak lagi . kali ni sebab saya tak nak cerita yang seronok monok ni , orang lain tau . oke , sama je dengan KEDEKUT . -.-'

kira nya kita orang jumpa dekat Jusco Seremban 2 . oh , mana je lagi tempat best dekat Seremban ni selain kamar tidur saya . haha . ampun , tak nak kena buang daerah . back to the story please ! oke , then jumpa lah dekat Jusco tu kan . beliau bersama rakan nya . guess who ?  N.N , of course not !  rakan nya adalah  S.P . ye , jejaka yang dekat entry 'kuatnya dia' , click sini . 


S.P  datang pun sebab kita orang datang bertiga iaitu saya , akak tersayang konon dan auntie kami . auntie kami tu boleh dikatakan bercinta dengan  S.P . oh , lantak lah kan . tapi rasa selamat keluar dengan  S.P  jugak . rase protection lebih woo . takde siapa berani ganggu . haha .

so kira nya ,  S.Z  dengan akak tersayang konon ,  S.P  dengan auntie kami . saya ? sendirian lebih baik . muahahaha . dalam hati berkata kata , C.B  tak nak muncul ke ? haha . tapi tak nak lah . dengan tak sengaja saya kenal  perangai  C.B  macam mane . aduhh , kurang 1 mangsa cinta hati .

first first saya nampak si  S.Z  , die pandang saya , saya pandang die . saya alih mata tempat lain , tak sampai 2 saat saya pandang die balik , die dah hilang . aduhh , orang tinggi macam Abang pun hilang ke ? haha . lepas tu , si  S.P  nak tengok wayang . saya orang yang paling muda dan kecik kat situ selain  S.P  , saya mula memberontak sambil hentak hentak kaki cakap 'Tak Nak Tengok Wayang' sambil buat kempen depan kedai News tu , suruh orang vote saya . haha .

then , akak tersayang konon volunteer nak tengok ticket wayang . sambil berjalan , saya menghadiah kan jelingan manja tajam kepada  S.P . mengada lah lu . pergi naik atas , ke tempat TGV , akak tersayang konon cakap 'kita tengok macam tu je . then kita cakap lah ticket takde dah . yang ada pun , pukul 9 malam ke atas' . apa lagi , mula lah saya menunjukkan senyuman paling manis sambil berkata kata 'You are the greatest sister in the world' . tapi confirm lah tak cakap kat telinga dia . berkata kata hanya di dalam hati . malu lah kan nak cakap depan dia . haha .

tak sampai 5 minit , kita orang dah turun balik . kalau nak menipu pun , biar lah lama sikit kan ? ohoii , kami memang tak reti menipu . haha . turun turun , saya carik jugak di mana kah  S.Z . kerisauan terpancar di wajah saya . bukan takut dia sesat ke kat Jusco . oh , tak mungkin lah kan . tapi risau , betul ke tadi saya nampak  S.Z  atau hanya bayangan je . sementara tu , still lagi memberontak tak nak tengok wayang sebab akak tersayang konon pulak bagi idea tengok wayang dekat MBO . aduhh , tarik balik kata kata 'You are the greatest sister in the world'   jadi   'You are the worst sister in the world' . haha . ampun !

dalam 3 minit duduk situ , yes ! akhir nya  S.Z  muncul jugak . oke , saya bangga sebab membuktikan mata saya memang yang terbaik . nampak yang handsome je . haha . tau , dia macam bagus punye orang . Abang , adik benci Abang dalam masa 20 minit terawal ! Abang sangat berlagak . benci , benci , benci . imagine saya tumbuk tumbuk dada sasa dia . bukan tumbuk tumbuk manja . tumbuk bagai nak rak . oke , tak boleh . bakal abang ipar tersayang tu . haha

keputusan dibuat , kami semua akan ke MBO . booo for me . pemberontakan saya tak berjaya . mungkin saya tak cukup menghentak kot . hentak  S.P  , tau lah . makin kecik kau kat situ ! dengan langkah yang longlai ke tempat parking , saya jalan je lah . kalau tak, siapa lah yang nak tolong dukung . tapi yang saya seronok , saya dah bergurau gurau dengan  S.Z  . oh , so seweett . dan tibe tibe dia berhenti dekat kereta Swift Putih . oh , no ! F.M  cerita kereta dia Wish . mungkin saya salah dengar kot . another booo for me . kalau korang nampak Swift Putih , korang jangan dok gatal mata kenyit . tu bakal abang ipar tersayang . takde konon ! haha

dipendekkan cerita , pergi tengok wayang dekat MBO then balik Jusco sebab nak ambil kereta yang ditinggalkan tanpa belas kasihan kat situ . plan terus balik je . tapi auntie kami dan  S.P  bagi idea plak minum minum . tak puas lagi nak menatap mata masing masing kot . haha . jadi nya kami semua ke Dataran Senawang . disebabkan  S.Z  bakal abang ipar tersayang tanpa konon , saya salam cium tangan dia babe ! tunjuk hormat dekat dia . haha

mula mula dia tak nak ambil gambar tau . tapi auntie kami ambil jugak diam diam . eh , kalau pakai DSLR then ada flash boleh dikatakan diam diam ke ? haha . memang dia tau lah . dia mintak camera then dia nak buang . akak tersayang konon tunjuk kan lah macam mane . oke , memang macam nampak dia dah buang . dah buang lah kot .

Abang cakap untuk second date , dia nak date ala ala camping . haha . balik dari latihan perang dia selama 2 minggu kat Johor . Abang , adik tau Abang tu Army . tak bosan ke asyek nak ber'camping' je ? tapi takpe takpe , adik yakin kalau Abang lah yang handle camping tu , confirm berjaya dengan jaya nya . kalau dengan Army tak berjaya , malu lah kan . haha . akan ku tunggu saat itu ! haha

dia panggil saya adik . saya panggil dia Abang . balik rumah saya fikir balik , kalau dia panggil saya adik , dia nak panggil adik saya apa ? oke , tu cerita nanti . sekarang , saya seronok dipanggil adik . dah lama nak rasa ada Abang panggil saya adik . akhirnya , thanks Allah .

itu saja untuk kali ini . terima kasih ~



p/s  : dia sangat nakal , pembuli besar dan menyeronokkan :)
fullstop .

1 comment:

  1. jangan nak tls "Can you see the light of joy in the eyes of her and width of smiling lips" sangat la erk..da arr blog kamo ad stalker..kene sedas dua peluru die bukan x sakit ooo..mcm sniper plak da DIE 2..2 yang tau..yang kite xtau..waduh..
    dah arr blog kamo nie mcm diary alng la plak..penuh dek citer along jew nie..untuk makluman semua, nie bukan blog bersama yea..huhu..

    ReplyDelete